🎣
LetFish

Terma Perkhidmatan

Kemas kini terakhir: 26 July 2026

Selamat datang ke LetFish ("kami", "permainan ini"), sebuah permainan menangkap ikan yang boleh dimainkan melalui laman web letfish.quest dan sebagai Discord Activity di dalam aplikasi Discord. Dengan mendaftar akaun atau menggunakan LetFish dalam apa jua cara, anda bersetuju dengan terma-terma di bawah.

1. Kelayakan

LetFish disasarkan untuk pengguna yang memenuhi umur minimum yang ditetapkan oleh Discord dan/atau undang-undang tempatan anda (secara umumnya 13 tahun ke atas, tertakluk kepada Terma Perkhidmatan Discord). Jika anda di bawah umur tersebut, sila dapatkan kebenaran ibu bapa/penjaga sebelum menggunakan permainan ini.

2. Akaun Pengguna

3. Mata Wang Dalam Permainan (LFC - LetFish Coin)

4. Kelakuan Pengguna

Anda bersetuju untuk TIDAK:

Pelanggaran terma ini boleh menyebabkan amaran, penggantungan, atau penamatan akaun tanpa notis awal, termasuk kehilangan LFC dan progress permainan yang berkaitan.

5. Perubahan Permainan

Kami berhak untuk menambah, mengubah, mengeluarkan ciri permainan (termasuk item, harga, sistem ganjaran) pada bila-bila masa bagi tujuan penambahbaikan, pengimbangan (balancing), atau keperluan teknikal, tanpa liabiliti kepada pengguna.

6. Penafian Waranti

LetFish disediakan "sebagaimana adanya" (as-is) tanpa sebarang jaminan tersirat atau nyata mengenai ketersediaan berterusan, bebas ralat, atau bebas gangguan. Kami tidak bertanggungjawab atas kehilangan data permainan akibat isu teknikal di luar kawalan munasabah kami.

7. Penamatan

Anda boleh berhenti menggunakan LetFish pada bila-bila masa. Kami berhak menggantung atau memadam akaun yang melanggar terma ini, atau atas sebab keselamatan platform.

8. Pertanyaan

Sebarang pertanyaan mengenai Terma Perkhidmatan ini boleh dihantar ke:
📧 support@letfish.quest

← Kembali ke LetFish