Dasar Privasi ini menerangkan data yang dikumpul oleh LetFish ("kami") apabila anda menggunakan permainan ini melalui laman web letfish.quest atau sebagai Discord Activity di dalam aplikasi Discord, serta cara data tersebut digunakan dan dilindungi.
| Kategori | Butiran |
|---|---|
| Akaun | Nama pengguna, emel (jika daftar terus), kata laluan (disulitkan/hashed - kami tidak boleh melihat kata laluan sebenar anda) |
| Log Masuk Pihak Ketiga | Jika anda log masuk/daftar melalui Discord atau Google: ID akaun, nama pengguna, dan alamat emel yang dikongsi oleh Discord/Google mengikut kebenaran (scope) yang anda benarkan semasa proses OAuth |
| Avatar | Imej avatar yang anda muat naik untuk profil dalam permainan |
| Data Permainan | Progress (level, XP, wang dalam permainan, baki LFC), inventori (ikan, rod, item), sejarah transaksi LFC, statistik permainan |
| Pembayaran/Top-up | Bukti pembayaran (resit/screenshot) yang anda hantar untuk top-up LFC. Kami tidak menyimpan butiran kad bank atau kredensial perbankan anda - pembayaran dibuat terus melalui aplikasi bank/e-wallet anda sendiri |
| Teknikal | Alamat IP, cap masa log masuk, session token (untuk keselamatan akaun & pencegahan penipuan) |
Kami tidak menjual data peribadi anda kepada pihak ketiga.
Data disimpan dalam pangkalan data yang dilindungi kata laluan di server pengehosan kami. Kata laluan akaun disulitkan menggunakan hashing standard industri (bcrypt). Walaupun kami mengambil langkah munasabah untuk melindungi data anda, tiada sistem yang 100% selamat sepenuhnya daripada risiko siber.
Kami mengekalkan data akaun anda selagi akaun tersebut aktif. Anda boleh memohon pemadaman akaun dan data berkaitan pada bila-bila masa (rujuk Bahagian 6).
Untuk membuat sebarang permintaan di atas, sila hubungi kami menggunakan butiran di Bahagian 8.
LetFish tidak disasarkan untuk kanak-kanak di bawah umur minimum yang ditetapkan oleh Terma Perkhidmatan Discord (secara umumnya 13 tahun). Jika kami mendapati data telah dikumpul daripada kanak-kanak di bawah umur tersebut tanpa kebenaran ibu bapa yang sah, kami akan mengambil langkah untuk memadamkannya.
Sebarang pertanyaan mengenai Dasar Privasi ini atau permintaan berkaitan data
peribadi anda boleh dihantar ke:
📧 support@letfish.quest
Kami boleh mengemas kini Dasar Privasi ini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan ketara akan dimaklumkan melalui pengumuman dalam permainan atau server Discord rasmi.
← Kembali ke LetFish